Followers

Thursday, December 10, 2009

stress...tol

Rahsia bola hitam & putih


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu

selepas

Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic

dan tak Kahwin2 lagi.

Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun

cuma

tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain

dah ada basikal, dia masih berjalan

kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.

"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia

Tak ada basikal...apa tuan

tak segan?"

Lantas......

si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal

yang macam mana

dan si

anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la

papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan

macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak

perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan

itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima

je. maka

dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,

yang paling

canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu?¦

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.

Sekian lama

si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya

membelikan kasut

roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya

disimpan di dlm

stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi

kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.

"anakku, kamu

tak nak dibelikan

kasut roda

macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat

Papa?. No problem setakat beli

kasut roda je...".

Si anak

menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya

dah

rosak..

Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut

roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan

papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya

kasut

roda, ditambah bola hitam dan

bola putih.

Selang beberapa

tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya

main permainan lain- main roller blade. musim

rollerblade melanda

kwasan tempat tinggal nya.

Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki

tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas

bapanya

pulang dari luar

negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,

sibapa jadi malu

sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat

banyak,

keluar negeri lagi tu......

Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan

harinya, dalam bilik

anaknya sudah ada sepasang roller blade

baru bersama secebis nota: "Biar

kamu tak malu".

Pada malamnya,

terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota

tersebut berbunyi:

"Papa, Kenapa tak belikan

bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.

Apalah

istimewanya

bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan

seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota

sebegitu...hingga

dia tak tahan dan
terus membelikan anak lelaki nya
bola hitam dan bola
putih

untuk

kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola

putih tu, si anak tidak lagi

mendesak bapanya.. Secebis nota juga

ditinggalkan di ruang kerja si bapa...

"trima kasih byk2 papa kerana belikan

saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh,

si anak masih berulang-alik

dengan bas,

member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.

Suatu hari,

ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh

membernya dengan

motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi

sangat malu.

Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.

Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan

anaknya! Maka

ditawarkan

Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak

tawaran

ayahnya dengan alasan motor kurang

praktis, lagipun si anak cuma

inginkan bola hitam & bola putih sahaja!

Si bapa

tidak dapat menerima

penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang,
boleh
berbincang. Akhirnya

tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah

pula dgn

bola hitam dan

bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal...

Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan

anak lelakinya bola hitam &

bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya

begitu memerlukan sebiji bola

hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula

tak pernah bagitahu kenapa

dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &

bola putih..

Sehingga

ibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Kerana

gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak

dihadiahkan oleh

si bapa sebuah kereta

Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga

beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor

je.

Sehingga

aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik

motoooooor

jeeeee....

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak

belikan

bola hitam bola putih. Tak

faham perasaan anak

sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn

bapanya. So,

selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk

bertanya

kpd si bapa, kenapa pak cik

tak belikan bola hitam bola

putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2

tu..huh..sampai

awek anak aku pun

tanya....bila si bapa menanyakan si awek

semula kenapa soalan tu yang di

tanya?. Si

awek pun bagitau, anak

lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh

Ferrarinya selagi tidak diberi

bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya

sudah begitu banyak bola hitam &

bola putih.

Nak buat apa lagii...,

fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di

hadapan awek

anakmya itu,

maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu

hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang
berbukit
bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.
Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu

si anak dicium aweknya dan dia jadi

gelabah

dan terus accident!!! Mereka

segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga

dimaklum

oleh pihak polis

tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana

mereka tidak memakai

seatbelt, si

awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak

tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak

saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :

"Maaf Encik, kami telah

berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya

Encik

manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si

bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati

semasa memandu.." si anak juga

menangis

kerana aweknya tak dapat

diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan

dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...

sehingga kamu sering

kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan

untuk menjadi ayah yang

baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan

lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma

saya kecewa disebabkan papa

ada

kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam

dan

bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk

persoalannya sudah tepat..., "KENAPA KAMU

SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA

PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU

BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus

kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....

"sebabnya ....saya.. saya...

saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup

bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak

nih.


Isk!Isk! Isk!...........



STRESSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. kakaka...
    tu la pasai..
    cepat pikir kenapa bola hitam & putih je yg budak tu nk sangat...
    buntuuu.. buntuuuu... arghhh...

    ReplyDelete