Followers

Saturday, August 13, 2011

Kadar zakat Negeri Pahang



Kewajipan Menunaikan Zakat

Kepada kengkawan yang berkenaan tu,
sila2 ler baca ni yer..
untuk panduan kita...

tp...yg ni bkn sy rekacipta taw
di ambil dr.
@ klau sangsi jugak semak disini

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Hakcipta Terpelihara 2008
Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885
e-mail: info@muip.gov.my




Tiap2 tahun kn kiter kn bayau zakat,
jlnkn ler tanggungjawab dan tuntutan agama ini..
bukan susah pun nk bwt yg wajib nih...

Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43

SYARAT WAJIB ZAKAT


1 - Islam
Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.

2 - Merdeka

Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.

Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

3 - Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.

4- Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

5 - Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

KONSEP AGIHAN

1. Isti'ab ( menyeluruh )
Harta zakat wajib diagihkan kepada semua asnaf.

1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Mualaf
Muqaddam ( terawal )

5. Fisabilillah
6. Ibnu Sabil
7. Al-Riqab
8. Al-Gharimin
Muakhar ( kemudian )
Harta zakat diagih mengikut keperluan asnaf berdasarkan keutamaan

Pemindahan peruntukan dari satu asnaf ke asnaf yang lain dibenarkan berdasarkan kepada keperluan dan lebihan yang ada.
2. Ikhtisas ( Ketetapan )
Harta zakat hanya boleh diagihkan kepada lapan asnaf yang disebut Allah S.W.T di dalam suarah At Taubah ayat 60.

Tiada ijtihad lagi dalam masalah menentukan asnaf yang menerima zakat kecuali pada perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan agihan kepada asnaf

Sebarang “QIAS” yang hendak dibuat mestilah tidak keluar dari asnaf yang lapan.

Pengagihan dibuat kepada mereka yang menetap di negeri Pahangdalam tempoh yang ditetapkan oleh MUIP.
3. Hak
Harta zakat mesti disalurkan kepada asnaf. Polisi / prosedur agihan wajar dibuat bagi melicinkan proses agihan tetapi tidak boleh hingga menafikan hak asnaf.Wang zakat diagih mengikut keperluan semasa asnaf.
4. Muraqabah ( pengawasan )
Semua agihan zakat hendaklah dilakukan dengan pengawasan dan kawalan rapi.

Sebarang pengagihan zakat yang meragukan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Pahang.

Setiap peringkat kelulusan dan keputusan hendaklah dibuat dengan sifat sifat :
- Takut kepada Allah
- Bertanggungjawab
- Ikhlas - Amanah
5. Al Kifayah ( Mencukupi had pemberian )
Menepati keperluan asasi sebenar
Berdasarkan kepada hak yang ditentukan Syarak.
Pemohon diberi hak menerima zakat apabila tidak memenuhi had kifayah yang ditetapkan.
Penentuan kelayakan berdasarkan had kifayah sesuatu kawasan.
6. Fauran ( serta merta )
Agihan dilakukan dengan segera selepas dikenalpasti layak menerima wang zakat. Kakitangan yang terlibat memproses permohonan hendaklah menjalankan tugas dengan segera bersesuaian dengan prinsip Muraqabah.

1 comment:

  1. mmm.. betul tu.. tahun ni kalau dok di negeri pahang kadar zakat fitrah rm7.00..

    tq sbb tolong ingatkan kawan2..

    ReplyDelete